Menerusi laman Instagram, penyanyi Bella Astilah memuat naik gambar dengan hanya berkain batik ketika sesi mengurut dalam pantang. Bella dalam kemas kini tersebut memberitahu dia kini sudah selesai menjalani proses berpantang: "Akhirnya saya selesai berpantang. Saya kini kembali," katanya.
Nmun tindakan Bella memuat naik foto sedemikian telah mengundang kecaman dari netizen yang rata-rata tidak senang dengan foto berkemban yang dimuat naik. Pun begitu, Bella tidak membalas komen-komen tersebut sebaliknya hanya mendiamkan diri.
"Kalau ya pun nak promote tolonglah tutup lah sikit aurat. - "Tak elok share picture macam ni. - "Dunia... gambar macam ni pun perlu ke nak post. - "Kak Bella delete lah aurat," tegur netizen di ruangan komen.
Untuk makluman, Bella rujuk kembali dengan penyanyi dan pelakon Aliff Aziz selepas bercerai pada 16 Mei 2019. Pasangan ini dikurniakan Ayden Adrean, 3, dan Ara Adreanna yang baru berusia 2 bulan.
Klik untuk gambar besar
www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Siti Sarah
________________________

No comments:
Post a Comment