03 September 2020

JATUH KATIL & TAK SEDAR DIRI - KUMIM MENINGGAL DUNIA



Kira-kira pukul 12.31 tengah hari Khamis, pelawak Kumin telah meninggal dunia akibat jatuh dari katil di kediamannya yang terletak di Pandan Indah, Selangor.

Exco Agama Persatuan Seniman Malaysia iaitu Salman Al Farisi ketika dihubungi berkata Allahyarham Kumin atau nama sebenar Khuzaimi Ismail, 49, berada dalam keadaan baik sebelum terjatuh secara tiba-tiba dan tidak sedarkan diri.

"Kami baharu mendapat perkhabaran sedih itu sebentar tadi. Kami dalam perjalanan ke rumah sewanya di Pandan Indah untuk menguruskan jenazah. InsyaAllah jenazah akan dikebumikan selepas Asar. Apa-apa saya akan maklumkan kemudian," katanya ringkas.



Pada 1 Ogos lalu, Kumin dimasukkan ke hospital selepas mengadu kebas anggota badan akibat serangan angin pasang. Allahyarham dibawa ke Hospital Ampang dengan bantuan pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Pandan Indah.

Kumin pernah mengecap populariti sebagai penyanyi duo KU2 dan fokus kepada kerja belakang tabir sebagai pengurus produksi. KU2 turut dianggotai Allahyarham pelawak Bob Kuman atau Husni Mohd Rawi. Duo ini pernah menghasilkan empat album iaitu Motivasi (1994), Evolusi (1997), Album Baru Aku! (1999) dan The Best of KU2 (2001).

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber: mStar

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: