17 September 2020

"BANYAK KECEDERAAN DI MUKA..." - FEDTRI YAHYA TERBABIT KEMALANGAN, SELESAI JALANI PEMBEDAHAN



"Assalamualaikum. Suami saya, Ahmad Fedtri Yahya, terlibat dalam kemalangan dan selesai menjalani pembedahan malam tadi. Banyak kecederaan di muka. Semuanya sudah dijahit sempurna.

"Alhamdulillah. Doakan yang terbaik untuk kesembuhannya," demikian tulis isteri kepada pengacara dan penulis lirik terkenal, Ahmad Fedtri Yahya, 39, yang memaklumkan suaminya terlibat dalam kemalangan kecil pada Rabu.

Isteri Fedtri, Nurul Anati Ismail, 35, memaklumkan hal itu menerusi laman Instagram milik Fedtri dan memohon orang ramai mendoakan suami segera sembuh.

Klik untuk gambar besar


Sementara itu, wakil TV3 memaklumkan, Fedtri mengalami kemalangan melibatkan basikal yang berlaku di tempat letak kereta Sri Pentas selepas tugasan siaran langsung program Malaysia Hari Ini pada pagi Rabu.

Fedtri mengalami kecederaan di kening dan bibir selamat menjalani prosedur rawatan di sebuah pusat perubatan di Damansara, Petaling Jaya.

Serentak dengan perkongsian tersebut, rakan selebriti termasuk peminat mengucapkan takziah dan mendoakan agar penulis lirik lagu 'Basyirah' itu kembali sembuh dan dipermudahkan urusan.






www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Fedtri Yahya

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: