15 September 2020

BEN AMIR LANCAR SALURAN YOUTUBE - PEMINAT HADIAHKAN IPHONE 11 PRO MAX



"Nak launch Youtube Channel tapi dapat iPhone pulak. You guys memang awesome! Thank you so much for the love and support, I really appreciate it!

"No words, speechless dari semalam. Don’t forget to subscribe my YouTube Channel for more updates," kata pelakon Ben Amir menerusi satu posting terkini di laman Instagram.

Bintang drama bersiri 'Sweet Dreams' itu meluahkan rasa terkejut dan terharu apabila menerima kejutan istimewa daripada kelab peminatnya.

Baru sahaja melancarkan saluran YouTube sendiri, Ben turut menerima hadiah berupa telefon pintar Iphone model 11 Pro Max daripada para peminat setia.

Klik untuk gambar besar


Malah, pelakon berusia 30 tahun ini juga berjanji untuk mengemas kini saluran YouTube miliknya dengan pelbagai pengisian, termasuk soal perkembangan seninya.

"I will post more about my activities, passions, behind the scenes of upcoming drama/films and many more. Stay tuned!" tulisnya lagi.

Dalam perkembangan lain, Amir kini sedang sibuk menjalani pengambaran drama bersiri, 'Sang Pewaris' bersama rakan pelakon Amyra Rosli.







www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Ben Amir

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: