16 September 2020

ALIFF AZIZ KINI BERGELAR 'BANDUAN' GARA-GARA MENCURI & TAK SENONOH



Setelah mengaku salah pada 7 Ogos lalu atas dua pertuduhan di Mahkamah Singapura atas dakwaan mencuri wang S$300 (RM950) dan 1 juta rupiah (RM285) milik seorang pelakon dan ahli politik Indonesia serta berkelakuan tidak senonoh dengan menjerit dan menunjukkan isyarat menggunakan tangan semasa berada di tempat awam, akhirnya pelakon dan penyanyi Aliff Aziz disabitkan kesalahan itu.

Dia telah dijatuhkan hukuman penjara dua minggu dan denda RM1,500 ($500) semalam atas pertuduhan tersebut.

Untuk makluman, Aliff mengaku mencuri wang tunai berkenaan kerana 'dia memerlukan wang' untuk makanan dan pengangkutan. Dia juga mengaku mabuk sekitar 5.30 pagi di kawasan Orchard Road, dan enggan memberikan kerjasama apabila terus mencetuskan kekecohan.

Terdahulu pada Selasa, Hakim Daerah Utama Victor Yeo menyatakan bahawa Institut psikiatri Kesihatan Mental (IMH) sebelumnya telah mendapati bahawa Aliff mengalami 'offending behaviour'.

Bagaimanapun, psikiatri telah menyatakan bahawa ia tidak mempengaruhi tingkah laku Aliff yang menyinggung perasaan.

Malah Hakim juga menyatakan bahawa Aliff adalah pesalah yang berulang melakukan kesalahan. 

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber: TheStraitTimes

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: