16 September 2020

GARA-GARA TANAH RUNTUH - NORA DANISH KANTOI SEJAM DI TAPAH



"Tanah Runtuh di Tapah, menyebabkan pokok pokok besar jatuh dan blocked jalan. Sementara menunggu keajaiban, ‘kita enjoy’ the view! Musim2 hujan ni , dinasihatkan jgn ikut Tapah la kan, bahaya. Line phone susah, jalan sempit, pokok2 besar, gaung lagi," demikian kongsi pelakon Nora Danish, 38, berdepan detik cemas apabila kenderaan dinaikinya terperangkap selama satu jam dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Tapah - Cameron Highlands, semalam.

Tulisnya lagi, meskipun mencuba cari jalan alternatif lain untuk meneruskan perjalanan, malangnya laluan di Simpang Pulai turut terjejas kerana tanah runtuh.

"Pokok lain pula jatuh di sini dan kami terperangkap di tengah-tengah (jalan). Kemudian kami cuba melalui jalan tadi. Lega apabila Angkatan Pertahanan Awam Malaysia selamatkan keadaan," tambahnya menerusi IG.

Selepas kejadian tersebut, pelakon Syurga Yang Tak Dirindukan itu akhirnya bersyukur apabila selamat sampai ke lokasi penggambaran yang ditujunya.

Klik untuk gambar besar


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: