15 September 2020

BILA SHUIB HADIAHKAN JAM TANGAN ROLEX PULUHAN RIBU SEMPENA HARI LAHIR SARAH



Bersempena ulang tahun kelahiran isteri, penyanyi Siti Sarah Raissuddin yang ke-36, pelawak dan penyampai radio, Shuib Sepahtu telah menghadiahkan seutas jam tangan jenama mewah iaitu Rolex bernilai puluhan ribu. Shuib mengakui ia merupakan hadiah termahal yang pernah diberikan kepada Sarah sepanjang perkahwinan mereka.

"Hampir 10 tahun usia perkahwinan, saya tak pernah nampak Sarah memakai jam tangan. Dia tak pakai jam atau aksesori di tangan seperti wanita lain.

"Tapi, sejak kebelakangan ini, saya nampak dia sudah mula minat aksesori seperti gelang. Jadi, terdetik di hati saya untuk menghadiahkan jam kepadanya.

"Saya juga ingin menghargai Sarah sebagai isteri dah ibu yang baik serta memberi ganjaran kepadanya kerana bisnes yang dijalankannya semakin berkambang positif," kata Shuib.

Klik untuk gambar besar


Sarah yang menyambut ulang tahun kelahiran, hari ini (15 September), diberi kejutan pada majlis sambutan hari jadi di U3 Hotel Subang di Subang Jaya, malam tadi.

Pada sambutan hari jadi itu, Sarah menyumbangkan suara mendendangkan beberapa lagu termasuk berduet dengan bapanya, Raissuddin Hamzah dan Mark Adam. Tambah Sarah pula, dia mengakui tidak pandai memakai barangan berjenama dan mahal.

Mengaku jam tangan mewah itu menjadi antara hadiah paling mahal pernah diberi suami, Sarah yang tidak suka memakai aksesori perlu belajar menyarung jam tangan, mulai sekarang.



"Saya hargai pemberian suami. Jika hendak diikutkan, saya bukan jenis materialistik. Kalau orang tak suruh beli atau belikan untuk saya, memang tidaklah saya berbuat demikian. Setakat ini, tas tangan berjenama antara yang saya beli untuk ganjaran selepas bekerja keras.

"Sejujurnya, saya agak terkejut dengan hadiah ini. Saya sendiri tak pandai memakai barangan yang mahal-mahal. Pada masa sama, saya memang tak pandai memakai aksesori sejak kecil lagi.

"Saya sangat berterima kasih dan bersyukur kepada Shuib kerana dia menghargai saya dengan cara ini. Tetapi sekarang, kenalah mula pakai jam tangan. 

"Shuib adalah hadiah paling berharga untuk saya sepanjang perkahwinan ini dan saya berharap kasih sayang kami akan kekal sehingga ke akhir hayat," tutur Sarah.

Ditanya apakah harapan dan doa bersempena dengan ulang tahun kelahiran, penyanyi 'Manis' ini mengharapkan agar perkahwinannya kekal harmoni bahagia selain sentiasa berada di dalam ramatNya.

Sarah yang baru-baru ini membuat permohonan maaf kepada masyarakat Orang Asli atas kontroversi video promosi syampu, percaya angka 36 pada usia melambangkan kematangan diri. 

"Semoga saya terus dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Harapnya segala urusan dunia akhirat saya dipermudahkan. Moga saya terus mendapat memberi manfaat dan mempengaruhi orang lain dalam segala segi termasuk perniagaan," ujarnya.

Sementara itu, Shuib mempunyai alasan kukuh menghadiahkan jam tangan mewah kepada isterinya: "Sebelum ini, saya paksa isteri pakai gelang emas biarpun tahu dia tidak suka aksesori.

"Sekarang saya hadiahkan jam tangan supaya dia boleh aturkan masa dengan baik. Apatah lagi, isteri cemerlang dalam perniagaan kecantikannya. Jika diikutkan, tahun lalu, syarikatnya hampir gulung tikar," katanya.

Shuib yang genap 36 tahun, Sabtu lalu, turut dihadiahkan beg sandang berjenama oleh Sarah. Untuk makluman, Sarah dan Shuib mendirikan rumah tangga pada 27 Februari 2011 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra dan Ariq Matin.




www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan, Berita Harian & Astro Gempak

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: