14 September 2020

DEMI CIPTA STAIL SENDIRI - NABILA HUDA SANGGUP HABISKAN 70 PERATUS GAJINYA



Pelakon Nabila Huda menerusi laman Instagram miliknya telah mendedahkan dia melakukan persiapan sebulan awal untuk program terbaharu bersama Astro Warna iaitu 'The Masked Singer Malaysia'.

Menurut Nabila atau lebih mesra dipanggil Abil, 36, dia seorang yang cerewet justeru tidak suka untuk berfikir dan melakukan kerja di saat akhir.

"Semua orang tahu saya kalau kat drama atau filem memang tak suka makeup dan kebanyakan karakter saya mesti naked face saja.. Tapi bila saya jadi pengacara atau juri, saya mesti go all out dan saya akan cipta stail sendiri.

"Buat research dan sepakat dengan team yang saya percaya dorang boleh tunaikan setiap permintaan. Untuk #themaskedsingermalaysia special sikit kali ni, saya dan my team dah buat persiapan sebulan awal.

Klik untuk gambar besar


"Baju saya custom dan dah siap dengan mood board. Jadi, semua dah rancang dan tersusun dengan baik sebab I'm very fussy (cerewet) dan benci nak kena fikir saat akhir sebab boleh jadi marah.

"Tapi bukan fussy sejenis yang buat orang benci tau. Fussy sejenis yang kena sempurna macam pemilihan jenis kain, style rambut, lipstik dan lain-lain," katanya di Instagram (IG).

Tambah anak kepada penyanyi Amy Search ini dia memilih kelainan dengan mencabar diri untuk menggayakan busana yang berwarna terang.


"Jadi untuk program ini saya buat keputusan untuk buat oversize suit tetapi dengan warna yang berbeza iaitu striking colours. Saya tak penah percaya dengan warna yang terang tetapi untuk kali ini tak salah untuk buat percubaan dan serius, saya jatuh cinta! Yang buat look and style tu strong adalah rambut , makeup dan perhiasan," tulis Abil.

Dalam pada itu, pelakon drama 'Kamar Kamariah' itu mendedahkan dia sanggup menghabiskan 70 peratus bayaran yang diterima untuk penampilan dari kepala sampai ke hujung kaki.

"Secara jujurnya, saya tak boleh orang lain tentukan untuk apa yang saya nak pakai atau nak kena mengharap orang siapkan. Saya sanggup habiskan duit untuk pastikan saya selesa dengan apa yang saya mahukan.


"Dari baju shooting sampailah apa saja saya akan habiskan selalunya 70 peratus dari gaji. Saya tahu gila kan? Tapi itulah kebenaran mengenai saya.

"Tak kira lah kerja apa pun saya mesti bagi sepenuh hati, jiwa, wang dan komitmen kerana ini adalah kerjaya saya. Saya memilih ini dan saya sangat menyukai pekerjaan saya," ujarnya lagi.

Dalam 'The Masked Singer Malaysia', Abil bersama Datuk Aznil Haji Nawawi, Michael Ang, Raja Azura, Remy Ishak, Ella Aminuddin, Zizan Razak, Ramona Zam Zam dan Angah Raja Lawak diberi penghormatan untuk menduduki kerusi juri tetap. Manakala, Datuk AC Mizal yang merupakan pengacara tersohor menggalas tugas sebagai hos.









www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Nabila Huda

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: