14 September 2020

FATTAH LUAH SYUKUR ULANG TAHUN KELAHIRAN KE-30 - INI UCAPAN ISTIMEWA FAZURA



Menerusi satu entri di laman Instagram, pelakon Fattah Amin telah meluahkan rasa syukur di atas kurniaan yang diberikan oleh Allah bersempena dengan ulang tahun kelahirannya yang ke-30 tahun hari ini, 14 September.

Dalam pada itu, Fattah atau nama penuhnya Abdul Fattah Mohd Amin Bersyukur kerana berpeluang untuk menjejakkan kaki di Tanah Suci Mekah sebelum berlakunya pandemik Covid-19 seluruh dunia.

"Alhamdulillah kami di beri kesempatan untuk menjejaki bumi Allah Mekah sebelum pandemik covid melanda dunia. Antara doa yang kami mohon ialah semoga dikurniakan zuriat. Subhanallah... Allah Maha Besar.

"Sekembalinya dari tanah suci, Isteri saya hamil dan zuriat kami dikurniakan tepat pada masanya. Tinggal beberapa minggu lagi sebelum hadirnya #KirimanAgung dari Allah SWT buat kami.

Klik untuk gambar besar


"InshaAllah. Di kesempatan sempena hari lahir ini, saya bermohon doa dari kalian semua semoga semuanya di permudahkan Ilahi. 🤲✨✨✨ @missfazura. Swipe left untuk sambungan video," tulisnya.

Sementara itu, isterinya, pelakon Nur Fazura, 36, pula telah mendedikasikan ucapan istimewa bersempena hari lahir suaminya di Instagram mmiliknya.

Meraikan hari jadi Fattah yang ke-30, Fazura berkongsi video khas yang disunting untuk suaminya. Menerusi video berdurasi 4:34 minit yang dimuat naik di ruangan Instagram TV, Fazura menghimpunkan foto dan video istimewa mereka sepanjang bergelar pasangan suami isteri.


Menerusi ucapan manis Fazura untuk Fattah, aktres yang sedang sarat hamil itu meraikan hari lahir terakhir suaminya sebelum mereka bertukar status sebagai ibu dan bapa.

Di ruangan komen, Fattah berterima kasih kepada isterinya di atas dedikasi ucapan yang menyentuh hati itu: "You're the sweetest ayang! I love you," tulis Fattah.

Peminat dan rakan-rakan pasangan ini juga juga mengambil peluang mendedikasikan ucapan hari lahir untuk bintang drama bersiri 'Hero Seorang Cinderella' itu dan mereka turut mendoakan agar pasangan ini bahagia hingga ke syurga.

Untuk makluman, Fazura selamat mendirikan rumah tangga dengan Fattah dalam satu majlis tertutup di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 27 November 2017.





www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan, Astro Gempak, Instagram Fattah Amin & Nur Fazura

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: