14 September 2020

APENDIKS PECAH - APEX MENTOR SELAMAT JALANI PEMBEDAHAN APENDEKTOMI



Juara Mentor Milenia, Apex Tajudin menerusi satu entri di laman Instagram telah berkongsi gambar dirinya yang sedang mendapatkan rawatan di hospital.

Difahamkan, Apex telah selamat menjalani pembedahan apendektomi di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, Terengganu semalam. Apex atau nama sebenarnya, Ahmad Amirul Hafizi, 24, berkata, dia dimasukkan ke wad semalam selepas mengalami sakit perut.

"Sebelum itu dua hari saya demam. Semalam, isteri bawa saya ke klinik swasta selepas saya mengadu sakit perut. Bila doktor buat imbasan, kesan apendiks dan terus rujuk ke hospital. Sampai hospital doktor terus buat pembedahan hari yang sama," katanya.

Klik untuk gambar besar


Menurut Apex, doktor memaklumkan apendiksnya juga sudah pecah ketika pembedahan dilakukan: "Sebelum ini ada gastrik sahaja, tak tahu ada masalah apendiks. Bila bedah doktor cakap dah pecah.

"Alhamdulillah, dah selesai pembedahan. Tiga jam juga duduk dalam dewan bedah," tuturnya yang merupakan bekas protege penyanyi Hazama.

Di ruangan komen, rata-rata peminat mendoakan agar dirinya kembali segera sembuh. Untuk info, Apex dikenali menerusi lagu single berjudul 'Panggung' sentuhan komposer Faizal Tahir dan Mike Chan.





www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Apex Mentor

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: