14 September 2020

"DAH NAK M*MPOS SANGAT KER SAMPAI KAU TERDESAK..." - ELLIE SURIATY MENGAMUK, WANITA KACAU SUAMINYA



"Nak apa asyik cari Azri Iskandar? Atau kamu nak saya yang cari kamu? Kot ye pun nak jual produk apa kejadahnya contact suami orang tengah-tengah malam?

"Kamu nak minta tolong apa dari suami saya? Kamu dah nak kena upgrade? Kejadahnya kau punya upgrade! Apa kena mengena kau punya upgrade dengan keluarga kami?

"Dah nak m*mpos sangat ker sampai kau terdesak tengah-tengah malam?" demikian tulis pelakon dan pengarah, Ellie Suriaty yang berang dengan tindakan seorang wanita yang mengganggu suaminya, pelakon Azri Iskandar pada lewat malam.

Klik untuk gambar besar


Dedah Ellie, 50, menerusi akaun Facebooknya, wanita terbabit sering menghubungi Azri atas dasar jual beli produk. Terdahulu, Ellie turut menghantar pelawaan untuk menjadi senarai kenalan di Facebook wanita terbabit namun tiada maklum balas.

Justeru, Ellie menyeru individu yang mengenali wanita berkenaan untuk menasihatinya dan tidak terus cuba mendekati suaminya tanpa sebarang sebab.


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: