14 September 2020

DIPUJI MANIS BERTUDUNG - FASHA SANDHA KATA MASIH LAGI BELAJAR



Menerusi laman Instagram, pelakon Fasha Sandha kini dilihat kelihatan semakin sopan dan gemar memakai hijab apabila berkongsi perkembangan terkini bersama peminat.

Menerusi salah satu posting Fasha di Instagram, rata-rata peminat memuji penampilan ibu kepada tiga orang cahaya mata itu memakai hijab.

"Cantiknya Fasha suka sangat penampilan Fasha yang terkini, dari dulu memang minat Fasha, lagi-lagi lakonan dia. Semoga terus istiqomah & bahagia selalu," tulis peminat.

Klik untuk gambar besar


Lalu, pelakon drama bersiri 'Syurga Yang Kedua' ini memaklumkan dirinya masih lagi dalam proses belajar untuk memakai hijab sepenuhnya: "Masih belajar lagi sis," balas Fasha.

Terdahulu, Fasha pernah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012, namun berpisah pada 20 Januari 2016. Hasil perkahwinan tersebut, Fasha dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 7, dan Putri Raysha Jemyma, 6.

Selepas itu, Fasha dan suaminnya, pelakon Aidil Aziz mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2019. Kini, Fasha dikurniakan cahaya mata ketiga diberi nama Aisha Amaira pada 7 Ogos lalu.
















www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Fasha Sandha

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: