01 September 2020

FASHA KONGSI REAKSI ANAK JUMPA ADIK: "LAMANYA ABANG & KAKAK TUNGGU..."



"Day 1 Aisha Amaira. Memandangkan hari ni hari merdeka, sambil ibu sedang bertungku, ibu belanja satu video reaksi anak2 ibu kali pertama berjumpa dengan Aisha Amaira. Kenangan hari pertama, muka kakak dan abang excited jumpa adik Aisha.

"Lamanya abang dan kakak tunggu kehadiran baby girl ni. Lepas dua kali ibu keguguran, ibu dah hampir putus asa dah, tak berani nak mengandung pun ada. Tapi Alhamdulillah berkat kesabaran dan doa tak putus2 Alhamdulillah Allah ganti babygirl yang sihat dan sempurna, Alhamdulillah.

"Terima kasih adik EL @cameo.x belanja momen indah ni, kalau kami semua nak amik pakai phone memang tak dapat la momen2 ni, 😊 Siapa rasa nak rekod video momen2 indah, panggil lah EL ni. Harga dia pun berpatutan, video pun cantik 💜 ni review ikhlas tau, kami guna dia dari orang tak kenal dia lagi 😃

Klik untuk gambar besar

"Lepas ni dia dah famous harap tak lupa diri kannn 😉 ❤️💙💜💖 #instaikhlas," demikianlah tulis pelakon Fasha Sandha yang memuat naik sebuah video reaksi anak-anaknya, Putra Rayfal dan Puteri Raysha Jemyma sewaktu pertama kali bertemu adik perempuan mereka, Aisha Amaira sememangnya sangat menyentuh hati.

Video itu jelas menunjukkan Rayfal dan Jemyma begitu teruja sebaik sahaja melihat Aisha berada dipangkuan ibunya. Sepanjang berjalan menuju kea rah Fasha, Rayfal dan Jemyma tersenyum sebelum mencium adik kesayangan mereka selepas bertemu dengannya.

Untuk makluman, Aisha Amaira merupakan cahaya mata pertama Aidil dan Fasha selepas mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2019. Fasha sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli namun bercerai pada 2006. Hasil perkahwinan pertamanya, Fasha dikurniakan dengan dua orang cahaya mata, Putra Rayfal dan Puteri Raysha Jemyma.






www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Fasha Sandha

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: