01 September 2020

SERING DIKRITIK CARA JAGA ANAK - HAIRUL AZREEN TIADA MASA BACA KOMEN NEGATIF



"Saya tak terfikir pun nak tengok komen-komen negatif netizen yang kritik cara saya jaga anak-anak. Saya cuma jaga anak-anak saya dengan cara sendiri. Apa yang saya rasa betul dan tiada masa nak fikir apa yang netizen cakap tentang cara kami jaga anak-anak," kata pelakon Hairul Azreen yang memberitahu dia tidak pernah terkesan dengan komen-komen negatif yang dilemparkan kepadanya, biarpun sering dikritik tentang cara membesarkan anak.

Menurut Hairul, 33, dia dan isterinya Hanis Zalikha tidak mahu membuang masa melayan kata-kata netizen dan hanya fokus menjalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa untuk anak-anak mereka.

"Saya tak terfikir pun nak tengok komen-komen negatif netizen yang kritik cara saya jaga anak-anak. Saya cuma jaga anak-anak saya dengan cara sendiri. Apa yang saya rasa betul dan tiada masa nak fikir apa yang netizen cakap tentang cara kami jaga anak-anak," katanya kepada mStar.

Pada Oktober tahun lalu, tindakan pelakon filem 'Wira' ini memegang kaki perempuannya Alisa Aishah yang ketika itu berusia lima bulan dan membiarkan budak itu berdiri di tapak tangan menerima teguran Angkasawan Negara iaitu Datuk Dr Sheikh Muzaphar Shukor.

Klik untuk gambar besar


Dalam pada itu Hairul menganggap sebagai seorang selebriti, apa sahaja yang dilakukan sering disalah anggap oleh orang sekeliling. Namun dia tidak pernah melatah dan cuba melakukan yang terbaik untuk keluarganya.

"Bila saya dengan keluarga, saya tahu dunia saya tu saja. Bagi saya simple... apa yang saya rasa bagus untuk anak, saya buat la. Bila orang luar cakap apa-apa, ia ibarat kisah dongeng Ayah, Anak Dan Keldai," ujarnya.

Untuk makluman, Hairul dan Hanis mendirikan rumah tangga pada Jun 2015 di Bukit Jelutong, Selangor. Pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Yusuf Iskandar, 3, dan Alisa Aisyah, 1.


www.myartis.com / Sumber: mStar

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: