29 September 2020

"HARAP DOA BAIK-BAIK" - NEKAD BERHIJAB, ZARA ZYA TAK KISAH TAWARAN BERLAKON TERJEJAS



"Secara jujur, saya masih dalam proses membiasakan diri dalam penghijrahan ini. Saya mengharapkan doa yang baik-baik. Semuanya berlaku atas gerakan hati. Keputusan ini tidak perlu dilengahkan. Saya juga tak mahu hati berbolak-balik dalam melakukan tuntutan wajib ini.

"Saya sempat menghabiskan penggambaran drama 'Beri Sedikit Waktu' pada Jumaat lalu, sebelum bertekad mengenakan tudung sepenuhnya," demikianlah kata pelakon Zara Zya yang akhirnya mengakui sudah pun berhijab.

Sejak beberapa hari lalu, Zara dilihat ada memuat naik beberapa keping fotonya berhijab. Nekad bertudung, Zara berkata dia masih dalam proses untuk membiasakan diri dalam penghijrahan itu serta meminta orang ramai mendoakan yang baik-baik untuk dirinya serta terus istiqamah.

Dalam pada itu, Zara berkata dia turut menolak beberapa tawaran drama yang kurang sesuai dengan imej bertudung serta tidak bimbang sekiranya keputusan menutup aurat mungkin menjejaskan tawaran lakonan.

Klik untuk gambar besar


"Saya selalu dengar soal istiqamah ini bukan mudah. Saya harap Allah tetapkan hati dan jiwa saya. Insya-Allah, saya mahu masa depan menjadi lebih baik daripada semalam yang ditinggalkan.

"Tiada langsung rasa sayang menjual pakaian lama. Saya akui, sudah tidak sabar mahu menutup aurat selama ini. Moga ia menjadi permulaan yang baik.

"Saya tak terfikir soal ada tawaran kerja atau sebaliknya. Saya percaya pada rezeki yang tertulis. Saya banyak membeli tudung dan pakaian baru," ujarnya.




www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & Instagram Zara Zya

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: