21 September 2020

"KRITIKAN NETIZEN MEMANG MENYAKITKAN..." - SITI SARAH AMBIL SEBAGAI PERINGATAN



"Sebagai manusia, saya tak boleh lari dari membuat sebarang kesilapan. Apatah lagi hidup sebagai seorang selebriti, semuanya diperhatikan. Pada awalnya, kritikan netizen memang menyakitkan tetapi lama kelamaan, saya ambil perkara terbabit sebagai peringatan untuk diri saya.

"Saya mahu terus memperbaiki diri," demikian kata penyanyi Siti Sarah yang mengakui kritikan yang dilemparkan oleh sesetengah netizen menjadi peringatan untuk dirinya dan seterusnya cuba memperbaiki untuk jadi lebih baik.

Mengakui kata-kata yang diterima mulanya memedihkan, Sarah menggunakan perkara terbabit sebagai azimat untuk meneruskan kehidupan dan sebagai pembakar semangat bergelar anak seni. Menyambut hari lahir ke-36 pada 15 September lalu, Sarah berazam mahu memberikan pengaruh yang baik untuk orang sekeliling.

Klik untuk gambar besar


"Sempena hari jadi, saya berharap agar dikurniakan umur panjang, kesihatan yang baik untuk saya dan keluarga serta rezeki yang melimpah.

"Saya juga menanam impian untuk menggunakan pengaruh yang saya ada sebagai seorang penyanyi. Saya mahu memberikan contoh yang baik kepada peminat dan saya berharap apa yang saya azamkan menjadi kenyataan," tuturnya lagi.

Terdahulu, Sarah dikejutkan oleh majlis sambutan hari lahir pada minggu lalu dan suaminya, Shuib Sepahtu menghadiahkan jam tangan mewah jenama Rolex berharga puluhan ribu untuk isteri tercinta.



www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Media Hiburan & Instagram Siti Sarah

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: