30 September 2020

MAKIN TAK LARAT - PKP DAN PENYAKIT SEBABKAN M. DAUD KILAU KEHABISAN WANG



"Saya merayu pihak berkenaan agar dapat menolong saya, datanglah lihat keadaan saya.

"Saya hanya mahu menghabiskan sisa hidup ini, berapa lama lagi Allah bagi saya.

"Saya dah tak Iarat nak berdiri dan bergeIek di atas pentas lagi. Tak boleh nak buat persembahan lagi," demikian keluh Datuk M. Daud Kilau, yang kini menghldap sakit kencing manis, kebas kaki dan tangan serta sakit pinggang.

Sejak empat tahun lalu, dia sudah tidak dapat membuat persembahan pentas. Ditambah pula dengan PKP akibat covid-19, nasib penyanyi veteran itu bertambah malang apabila wang simpanannya banyak dihabiskan membeli ubat.

Dia kini yang berusia 83 tahun, banyak menghabiskan masa di rumah selain memberi fokus pada usaha memulihkan penyakltnya.

Klik untuk gambar besar


Lebih menyedihkan, dia juga terpaksa menolak banyak tawaran menyanyi biarpun hanya dikehendaki duduk di pentas tanpa memerlukan tenaga yang banyak. Bukan malas, tetapi kudratnya sudah tidak mampu aktif seperti dahulu.

Malah tanaman kelapa matang dan koko yang diusahakannya di kampung halamannya iaitu Kampung Sungai Balai, Bagan Datoh, Perak, dahulu turut tidak menjadi disebabkan keadaannya yang sudah tidak Iarat.

"Setiap kali kalau rindukan peminat, saya tatap koleksi baju labuci yang masih saya simpan dengan rapi," tambahnya dengan nada sebak.


www.myartis.com / Sumber: UM

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: