29 September 2020

"TAK PERCAYA KITA DAH KAHWIN, MESTI ORANG LAIN NAMPAK MACAM SENANG..." - RAJA AFIQ



Pelakon Raja Afiq yang kurang sebulan mendirikan rumah tangga itu menerusi laman Instagram miliknya telah berkata laluan untuknya dan isteri yang juga seorang anggota polis iaitu Soffwany Yusoff untuk berkahwin tidak semudah seperti yang disangka.

Tanpa menjelaskan dengan lebih lanjut, Raja Afiq atau nama sebenarnya Raja Muhammad Afiq Raja Razali, 26, berkata hanya dia dan isteri yang mengetahui apa yang terpaksa dilalui mereka.

Bagaimanapun pelakon yang mula dikenali menerusi drama 'Sayangku Kapten Mukhriz' itu meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Soffwany kerana sudi menerimanya sebagai suami.

"Rasa macam tak percaya saja yang kita dah kahwin. Mesti orang lain nampak macam senang saja kan... hanya kita berdua saja yang tahu macam mana.

Klik untuk gambar besar


"Orang tahu bercakap saja tapi tak apalah cakap orang tu semua tak penting... yang penting sekarang ni kita dah halal. Apa pun husband nak ucapkan terima kasih sebab sudi terima husband yang banyak kekurangan ni.

"Semoga jodoh kita sampai jannah dan cinta kita kekal sampai bila-bila. Satu saja husband nak cakap I love you so much," kata Raja Afiq.

Raja Afiq berkongsi luahan tersebut di Instagram miliknya dan turut memuat naik video koleksi gambar serta rakaman mereka ketika awal perkenalan sehingga berbulan madu di Pulau Langkawi, Kedah.


Pasangan itu disatukan sebagai suami isteri pada 19 September lalu dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Shah Alam, Selangor.

Dalam pada itu, Soffwany yang juga penyanyi baharu berasa sebak membaca luahan tersebut dan turut mengucapkan terima kasih kepada suaminya yang tidak pernah jemu melayannya.

"Mata tiba-tiba rasa macam masuk habuk. Love you so much husband... terima kasih juga sebab sudi terima kekurangan wife. Tak pernah jemu layan kerenah wife. Sayang husband sangat," tulis Soffwany.

Sebelum ini, Raja Afiq memberitahu meskipun isterinya berusia lima tahun lebih tua namun dia tidak menganggap ia penghalang untuk mereka mengecapi kebahagian dalam rumah tangga.







www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Instagram Raja Afiq & Soffwany Yusoff

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: