15 September 2020

MEMEY SEDIH DOKTOR KESAYANGAN MENINGGAL DUNIA: "SEMUA ANAK SAYA ARWAH SAMBUT"



Menerusi satu entri yang dimuat naik di laman Instagram, pelakon Memey Suhaiza telah berkongsi khabar duka pagi ini dimana doktor kesayangannya, Dr. Zarina Bibi yang banyak berjasa kepadanya itu telah meninggal dunia.

Menurut Memey, doktor tersebutlah merupakan individu yang menyambut kelahiran kesemua anaknya setiap kali bersalin: "Assalammualaikum. Saya mulakan update pagi ni dengan berita ni. Doktor kesayangan saya dah meninggal.

"Semua anak saya arwah Dr. Zarina yang sambut, yang jaga setiap condition (keadaan) sepanjang saya mengandung," katanya menerusi satu entri di Instagram.

Klik untuk gambar besar


Dalam entri tersebut, isteri kepada pelakon Norman Hakim itu turut memuat naik gambar kenangan dirinya bersama arwah. Bahkan, katanya, sekalipun doktor tersebut berpindah lokasi bertugas, dia tetap akan pergi mendapatkan khidmat di hospital berkenaan.

"Suami sanggup ikut hospital mana pun yang Dr Zarina bertugas sebab dah rasa selesa dijaga kita macam anak. Mengenalinya seorang yang sangat baik, sentiasa lemah lembut, tenang selalu.

"Apapun masalah dalam bilik bersalin, Dr Zarina sentiasa tenang, buat kita rasa sentiasa selesa, tak risau," tuturnya yang turut melayangkan salam takziah kepada keluarga arwah.


Di ruangan komen, rata-rata pengikutnya turut mengakui terkejut dengan berita pemergian doktor tersebut. Bahkan, ramai juga yang berkongsi pengalaman ketika menggunakan khidmat doktor yang sama ketika bersalin.

"Alfatihah. Dr Zarina jugalah yang sambut kelahiran anak kedua saya, menjaga saya seperti seorang anak sepanjang kehamilan. - "Doktor ni juga jaga dari mengandung hingga bersalin dua anak saya. Sesungguhnya kami menjadi saksi atas kebajikan beliau pada manusia-manusia lain. - "Lima orang anak saya disambut arwah Dr. Zarina," komen sebahagian pengikutnya.

Untuk makluman, Memey atau nama sebenarnya, Suhaiza Suhaimi, 32, mendirikan rumah tangga dengan Norman pada September 2011. Pasangan tersebut dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim, 7, Muhammad Dikhriz Hakim, 5 dan Mikayla Delisha Hakim, berusia dua tahun.



 

 
www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Memey Suhaiza

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: