28 September 2020

PUTERI SARAH BERI BAYANGAN PUNCA RUMAH TANGGA BERANTAKAN?: "CURANG PERLU KERJA KERAS..."



Perihal rumah tangga pelakon Puteri Sarah bersama pengarah filem dan pelakon Syamsul Yusof yang didakwa dilanda badai itu sehingga kini terus bermain teka-teki dan masih belum mengetahui situasi sebenar.

Walaupun tiada sebarang pengesahan, namun pengkongsian kata-kata hikmah di laman Instagram memberi bayangan hubungan mereka berdepan masalah.

Terbaharu, Puteri Sarah atau nama penuhnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 35, memuat naik be petikan kata berkaitan curang dan tidak setia. Perkongsian Puteri Sarah itu seakan memberi bayangan punca berlakunya pergolakan.

"Curang adalah pilihan, bukan kesalahan. Curang ini perlu kerja keras, kena padam semua mesej, sentiasa lock phone, kena fikir ayat untuk tipu.

Klik untuk gambar besar


"Terlalu susah untuk curang. Lebih baik setia," demikian petikan kata-kata seperti yang dikongsikan Puteri Sarah di Instastory miliknya baru-baru ini.

Dalam pada itu, menerusi posting yang berbeza Puteri Sarah berharap agar tahun 2021 akan memberi kebahagian terhadap dirinya dan anak-anak.

"Tiga bulan menjelang tahun 2021, semoga masa depan yang lebih baik dan bahagia bagi saya dan anak-anak. Menuju ke arah kehidupan yang lebih baik...Insya-Allah," tulis Puteri Sarah yang turut berkongsi lokasi kedudukannya yang berada di Ipoh, Perak.


Puteri Sarah juga turut memetik petikan kata-kata nukilan pakar motivasi Profesor Dr Muhaya Mohamad mengenai ego: "Salah satu sifat ego ialah cepat marah dan payah memaafkan kerana merasakan diri besar.

"Muhasabah diri selalu. Cuba perhatikan apakah emosi kita apabila bangun dari tidur. Bersyukur atau merungut," demikian petikan tersebut.

Untuk makluman, Puteri Sarah mendirikan rumah tangga dengan Syamsul pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 3, serta Summayah yang kini berusia setahun.





www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & mStar

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: