12 September 2020

RAJA SYAHIRAN MENGAKU RAPAT DENGAN UYAINA, SEDANG KENAL HATI BUDI



"Sebenarnya, saya dah lama kenal Uyaina, tapi semenjak beberapa bulan lalu hubungan kami rapat. Saya selesa berkawan baik dengan Uyaina kerana dia seorang yang baik.

"Kami sedang dalam proses berkenalan. Keluarga kami juga tiada halangan kami berkawan," kata penyanyi dan bintang 'Dansa dan Sing', Raja Syahiran yang mengakui sedang berkenalan dengan pengacara dan pelakon Uyaina Arshad.

Rapat dengan gadis itu semenjak beberapa bulan lalu, Syahiran memberikan respon terhadap dakwaan yang mengatakan mereka sedang menjalin hubungan cinta. Tambah penyanyi lagu 'If I Could Go Back' itu, Uyaina merupakan seorang gadis yang bijak dan menyenangkan.

Klik untuk gambar besar


"Apa yang membuat saya selesa berkawan rapat dengan Uyaina adalah kerana dia merupakan seorang gadis yang berfikiran jauh. Boleh dikatakan, kami tak pernah berborak kosong.

"Ada saja topik yang kami bincangkan dan dia juga mempunyai personaliti yang ceria dan perkara itu membuatkan ramai orang selesa bersahabat dengan Uyaina," tutur Syahiran lagi.

Sebelum ini, dakwaan mengatakan Syahiran dan Uyaina menjalin hubungan timbul selepas mereka sering berbalas komen mesra di laman Instagram. Menguatkan lagi khabar angin, mereka tampil berdua ke majlis resepsi perkahwinan Mira Filzah dengan menyarungkan busana sedondon.




www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: