12 September 2020

IBU SANDRA DIANNE: "4 HARI LAGI HARI LAHIR KAKAK, BAYANGKAN KESEDIHAN MAMA..."



"Dia seorang anak yang baik, sejak kecil tak pernah menyusahkan. Dari awal mengandung langsung takda tanda morning sickness, mengidam nak makan nasi, apa je nasi asalkan nasi tu di masak sedap-sedap.

"Sakit melahirkan pun tak menyeksa mama lama-lama. Sakit contraction jam 1 pagi, jam 9 pagi register kat wad bersalin, jam 11. 30 pagi dapat katil, baru nak naik tak sempat duduk air ketuban pecah, jerit kat misi, misi kelam kabut ambil wheel chair, berlari masuk labour room. Dua kali push je kakak dah selamat lahir ke dunia dengan nama ALESSANDRA DIANNE AMPURIA.

"Jiwa mama masih diselubungi rasa duka yang mendalam, rindu pada suara kakak memanggil "Ma, mana Adam?", "Esyaaaa, sayang kakak", "Ayah mana?", "Kamu sudah makankah?" dan yang paling dirindui selepas ini adalah suara kakak menyanyi-nyanyi di setiap penjuru rumah. Mama rindu.

"Hari ini 11 September 2020 dinihari jam 1.00am kakak pergi tinggalkan mama. 5 (4) hari menjelang hari lahir kakak, bayangkan kesedihan mama melalui semua ini tanpa kakak di sisi.

"Berat sungguh dugaan yang mama kena hadap hari ni kakak. Mama tak sangka mama akan bawa kakak balik dalam keadaan kaku," demikian tulis ibu kepada bintang Big Stage 2020 Sandra Dianne, Nor Syakinah semalam yang mengimbau kenangan melahirkan anak perempuannya memandangkan ulang tahun kelahiran Sandra akan tiba empat hari lagi.

Menerusi laman sosial Facebook, Nor Syakinah berkongsi momen sewaktu melahirkan Sandra pada tanggal 16 September 1994. Lebih memilukan apabila ibunya amat merindui suara Sandra yang menjadi penyeri dan penghibur ketika berada di dalam rumah.

Pada Jumaat, Sandra Dianne telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 1 pagi setelah lima hari bertarung nyawa akibat kemalangan. Jenazah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kauluan, Tuaran, Sabah pada jam 5.45 petang.


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: