12 September 2020

PENYAMPAI RADIO ZAYAN, FALYQ HIKYLE & ISTERI SELAMAT TIMANG ANAK PERTAMA



Tahniah diucapkan kepada penyampai radio Zayan, Falyq Hikyle dan isterinya, Siti Nabilla Abu Raihan atas kelahiran anak pertama mereka yang merupakan bayi perempuan, awal pagi tadi. Falyq berkongsi berita gembira itu menerusi laman sosial Instagram miliknya untuk tatapan umum.

"Allahuakbar, subhanallah, Alhamdulillah. Isteri saya selamat melahirkan anak pertama kami secara normal sebentar tadi, Sabtu 12/9/2020, 2.10 pagi," tulis Falyq menerusi ruangan kapsyen.

Malah, Falyq turut mengambil kesempatan memberikan ucapan penghargaan kepada isterinya kerana 14 jam bertarung nyawa di dalam bilik bersalin.

Klik untuk gambar besar


"Terima kasih sayang, awak memang hebat. 14 jam awak bertarung nyawa seorang diri dalam labour room untuk melahirkan zuriat kita. Power gila.

"Terima kasih juga untuk anda yang sentiasa doakan Lala dan Baby S. Semoga doa yang baik-baik itu kembalilah kepada anda semula, amin," ujarnya lagi.

Meninjau ke ruangan komen, ramai rakan selebriti dan wargamaya memberikan ucapan tahniah kepada Falyq dan isteri: "Alhamdulillah tahniah ayah. Semoga anak sihat dan membesar menjadi anak yang solehah," tulis Radin Era.


"Alhamdulillah baby girl cucu opah," ujar Zarina Zainuddin. - "Alhamdulillah tahniah bro. Semoga sihat semuanya isteri dan baby. Moga jadi zuriat yang soleh. Bola turun eh macam biasa,” usik Fakhrul UNIC.

"Alhamdulillah tahniah Falyq dan Lala," komen Sari Yanti. - "Selamat datang ke kelab 'jangan harap nak tidur' bro! Hahaha tahniah Falyq dan Lala," kata Haziq Hot FM.

Untuk makluman, Falyq dan Nabilla berkahwin pada 14 Disember 2019 dalam sebuah majlis yang diadakan di Evolve Concept Mall Ara Damansara, Selangor. Terdahulu, pasangan itu mengikat tali pertunangan pada Jun 2019.



www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Falyq Hikyle

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: