16 September 2020

SEBELUM DIHUKUM PENJARA - ALIFF AZIZ TERIMA HADIAH ISTIMEWA DARI ISTERI



Semua sedia maklum mengenai pelakon dan penyanyi Aliff Aziz yang dijatuhkan hukuman penjara dua minggu dan denda RM1,500 oleh Mahkamah Negara Singapura semalam selepas didapati bersalah atas tuduhan mencuri dan berkelakuan tidak senonoh di tempat awam.

Menerusi Insta Story miliknya semalam, Aliff sempat memuat naik video nyanyian kiriman daripada isterinya, penyanyi dan pelakon Bella Astillah sebelum pergi ke mahkamah sebagai penguat semangat untuk menghadapi ujian tersebut.

Dalam posting tersebut, Aliff turut meluahkan rasa cinta buat isterinya itu serta meminta orang ramai mendoakan yang baik-baik untuk dirinya.
 
Klik untuk gambar besar


KLIK DISINI UNTUK TONTON VIDEO



www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya & Instagram Bella Astillah

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: