16 September 2020

BEKAS PA 'KAKI SPAM', ALIFF SYUKRI TAK MAHU DIKAITKAN: "JANGAN GANGGU SAYA NAK DUIT"



"Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf... pada semua. Sebolehnya saya tak nak masuk campur masalah mereka. Tetapi terlalu banyak orang yang DM sampai saya pening, tag IG saya, yang nak berjumpa dengan saya termasuk pihak polis dan juga orang ramai.

"Malah ada orang yang menghubungi saya untuk meminta duit kepada saya atas kerugian yang mereka alami," demikianlah kata usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri.

Aliff menerusi laman Instagram miliknya memohon orang ramai agar tidak mengaitkan namanya dengan bekas pembantu peribadi (PA) yang didakwa menipu duit pelanggan atas jual beli pakej penginapan.

Jelas Aliff dia tiada lagi kena mengena atau masuk campur dengab urusan bekas pembantu peribadi yang dikenali sebagai Iqbal Sani dan wanita yang didakwa isterinya, Intan Haleda.

Klik untuk gambar besar

Akui Aliff, Iqbal pernah bekerja dengan syarikatnya sekitar dua tahun lalu dan melepaskannya untuk menjalankan bisnes sendiri: "Saya bukan abang dia atau saudara mara dia, memang dia bekas staf dan tak lebih dari itu.

"Dia bekerja dengan saya dua tahun lepas selama hampir 5 tahun dan sudah lama berenti kerja sebab dia buat bisnes, yang saya sendiri tak ada masuk campur dan tak tahu apa-apa," jelasnya.

Rayu Aliff agar tidak lagi mengaitkan namanya dengan individu terbabit apatah lagi meminta duit darinya: "Kalau boleh saya tidak mahu ada kena mengena dengan beliau dan saya tidak tahu sama sekali apa yang berlaku ke atas urusan anda.


"Saya tidak ada kena mengena dengan urusan mereka dan saya berharap jangan ganggu saya atau WhatsApp tanya rumah, nombor, nak duit.

"Saya sendiri sekalipun tidak terlibat dengan apa apa yang mereka lakukan. Semoga Masalah anda boleh diselesaikan dengan cara yang terbaik tanpa memalukan sesiapa," tuturnya.

Tular sejak Selasa foto individu terbabit yang didakwa telah memperdaya orang ramai dengan menjual pakej percutian palsu.







www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Aliff Syukri

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: