16 September 2020

OKTOBER DEPAN - ELIZAD SEDIA JALANI RAWATAN IVF



Rawatan kesuburan in-vitro (IVF), pelakon Siti Elizad, 36, sudah bersedia menjalaninya pada Oktober depan. Elizad yang juga penyampai radio Sinar FM itu berkongsi berita mengenai rawatan yang bakal dilakukan menerusi laman Instagram, semalam.

Elizad atau nama sebenarnya, Siti Elizad Mohamad Sharifuddin berkata, dia sepatutnya sudah melakukan rawatan kesuburan awal lagi, tetapi terikat dengan penggambaran drama bersiri.

"Saya terpaksa menunda rawatan kesuburan yang dirancang berikutan terikat dengan penggambaran drama Jalan Sesat Ke Syurga. Drama arahan Osman Ali itu tertangguh disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Klik untuk gambar besar


"Saya tak mahu tangguh lagi. Sebaik penggambaran selesai, saya meneruskan hasrat ini. Jujurnya, gementar juga ketika melalui proses rawatan kesuburan, tetapi saya mahu berusaha. Keinginan memiliki cahaya mata sendiri sudah sekian lama terpendam. Namun, Allah uji saya tiada rezeki lagi," katanya.

Pelakon yang menempa nama menerusi drama 'Teman Lelaki Upahan' dan 'Aku Yang Kau Tinggalkan' itu berkata, doktor tidak membenarkannya melakukan kerja berat dan pulang lewat malam.


"Saya kena sentiasa dalam keadaan gembira dan tiada tekanan. Saya masih meneruskan rutin kerja di stesen radio. Kerja sebagai penyampai radio tiada tekanan dan lebih banyak duduk.

"Saya terpaksa tolak dahulu watak berat dan beremosi. Aktiviti menunggang motosikal berkuasa besar dilupakan seketika selepas rawatan bermula, dua minggu lagi.

"Dalam tempoh ini, saya masih boleh berjalan cuma tak boleh buat kerja berat. Sekarang, saya sudah makan ubat yang disyorkan dan menanti perkembangan selanjutnya rawatan ini," ujarnya yang sudah lebih lima tahun mendirikan rumah tangga dengan Shamsul Baharin Abdul Rahman pada pada Januari 2015.






www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & Instagram Siti Elizad

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: