06 September 2020

SEBELUM HUJUNG TAHUN - USTAZ EBIT LEW MAHU BUKA 30 LAGI CAWANGAN ELEWSMART



Menerusi muat naik di laman sosial, pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew bercadang mahu menambah lagi 30 cawangan pasaraya Elewsmart yang menjual barangan runcit dengan harga paling murah dalam masa terdekat, selepas membuka 10 cawangan.

Menerusi perkongsian di Facebook, Ustaz Ebit memaklumkan beliau mahu membuka 30 lagi cawangan Elewsmart sebelum hujung tahun ini berikutan pasarayanya mendapat sambutan ramai.

Ustaz Ebit berharap agar setiap cawangan Elewsmart yang dibuka mampu menjadi asbab kebaikkan buat dirinya serta meringankan beban mereka yang memerlukan atau yang berpendapatan rendah.

Diruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa syukur di atas niat baik pendakwah itu. Malah, ramai tidak melepaskan peluang mencadangkan kawasan-kawasan mereka bagi membolehkan mereka membeli barangan di pasaraya tersebut.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya & Instagram Ustaz Ebit Lew

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: