10 September 2020

TAMAT PENGAJIAN PERINGKAT PHD - AHMAD IDHAM KINI BERGELAR DOKTOR FALSAFAH



Setelah beliau berjaya menamatkan pengajian pada peringkat PhD di Universiti Utara Malaysia, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Ahmad Idham kini bergelar Doktor Falsafah.

Dr Ahmad Idham berkongsi berita gembira tersebut dalam satu entri di Instagramnya dengan menyertakan surat rasmi daripada Universiti Utara Malaysia yang menandakan bahawa dia sudah berjaya menamatkan pengajiannya.

"Alhamdulillah. Tq @uumofficial dan semua yg bersama saya mengharungi cabaran pengalaman ini. Terima kasih juga pada Penyelia saya Prof. Dato' Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak dan Penyelia 2 saya Prof Dr Rohana," tulis Dr Ahmad Idham sebagai kapsyen pada entri di Instagramnya itu.

Beliau yang membuat thesis dengan tajuk 'Ekosistem dan Dasar Industri Perfileman Malaysia: Satu Kajian ke Atas Pengantarabangsaan Filem Melayu' dan dianugerahkan dengan Doktor Falsafah di bidang Pengurusan. Dr Ahmad Idham turut menerima ucapan tahniah daripada rakan-rakan artis serta pemain-pemain industri seni tanah air.

Klik untuk gambar bear




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Ahmad Idham

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: