10 September 2020

TERTEKAN, SERABUT SERING DIKAITKAN - YAMANI BUANG 'ABDILLAH', ENGGAN DIBAYANGI BAPA



Dek kerana orang sering mengaitkan dirinya dengan bapa penyanyi terkenal Datuk Jamal Abdillah, Yamani Abdillah, 19, mengakui dia pernah berasa tertekan.

Biarpun kini sudah lali dengan perkara itu, namun Yamani memilih untuk tidak lagi membawa nama 'Abdillah' dan hanya akan mengunakan nama Yamani sahaja.

"Masa awal-awal tu, saya ada rasa tertekan dan serabut juga tapi lama-kelamaan saya sudah lali. Orang tetap akan kaitkan juga selagi nama saya ada 'Abdillah'.

"Insya-Allah kali ini, saya tidak akan gunakan nama itu lagi. Saya akan gunakan nama Yamani saja. Mungkin orang nak tengok saya berubah. Jadi, saya akan lakukan benda itu (tidak menggunakan nama bapa)," kata Yamani.

Klik untuk gambar besar


Yamani ditemui ketika sidang media selepas tamat konsert Big Stage 2020 minggu keempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Ahad lalu.

Pada malam konsert mingguan tersebut, Yamani yang menyanyikan lagu 'Mimpi Laila' mendapat markah paling rendah menyebabkan dia tersingkir.

Menurut juri tetap iaitu penyanyi Dayang Nurfaizah, Yamani perlu mencari identiti sendiri memandangkan segelintir pihak gemar membandingkan antara dia dan bapanya.


Dalam pada itu, Yamani memberitahu dia tetap akan menghasilkan lagu seperti bapanya namun membuat perubahan dari segi muzik yang lebih moden.

"Saya dah cuba cari identiti sendiri... tak tahu nak cakap macam mana. Dah memang saya dari kecil sampai besar menyanyi macam ini. Tapi saya lebih kepada genre rock dan bermain gitar.

"Mungkin selepas ini saya akan hasilkan lagu seperti ayah saya tapi susunan muzik yang moden," ujar Yamani yang merupakan anak Jamal menerusi perkahwinan keduannya dengan Noraina Mohd. Yusof pada 2001 dan bercerai pada 2002.






www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Yamani Abdillah

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: