03 September 2020

VIDEO AKSI CUMBUAN - NORA AKUI ITU ANAKNYA, HARAP JADI INSAN LEBIH BAIK



Baru-baru ini kecoh di media sosial selepas tersebar video memaparkan aksi bercumbuan sepasang remaja yang ketika ini viral sejak beberapa jam lalu. Selepas tersebarnya video itu, warganet bukan sahaja mengecam remaja perempuan terbabit, malah, penyanyi Nora yang popular dengan lagu 'Di Persimpangan Dilema' turut terkena tempiasnya.

Enggan mendiamkan diri, Nora tampil mengaku remaja perempuan itu adalah anaknya. Kesal dengan apa yang berlaku, Nora atau nama sebenar, Wan Norafizah Ariffin, 47, berharap insiden itu dapat menjadi pengajaran buat anak ketiganya itu untuk menjadi insan yang lebih baik.

"Allahuakbar, dengan penuh rasa terkilan, saya mengaku itu adalah anak saya. Sebagai ibu, saya cuba yang terbaik untuk mengajar dan membimbing dia mengikut apa yang termampu dalam kapasiti terbatas. 

Klik untuk gambar besar

"Tetapi hendak buat macam mana, saya sudah berusaha sehabis baik untuk mendidiknya. Saya berdoa semoga dia belajar daripada kesilapan untuk menjadi insan yang lebih baik sekali gus meneruskan kehidupan tanpa perlu menoleh ke belakang... Insya-Allah," katanya.

Nora menambah, dia percaya dalam meniti kehidupan, setiap insan tidak terlepas daripada membuat kesilapan termasuk darah dagingnya sendiri:"Sebagai manusia, kita tidak boleh lari daripada silap.

"Dia masih muda dan masih ada banyak perkara yang harus dipelajari serta kehidupan yang harus diterokai. Kepada semua, saya harap, buat masa ini, anda dapat memberikan anak saya ruang dan ketenangan," tuturnya.





www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & Instagram Nora Ariffin

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: