26 September 2020

VIVY YUSOF TAMPIL SAMAN NETIZEN ISU DAKWAAN FITNAH GOLONGAN B40 & M40



Berhubung isu kerajaan membantu golongan B40 dan M40 yang terjejas akibat COVID-19, pengasas FashionValet and dUCK Group, Datin Vivy Yusof telah memfailkan saman fitnah terhadap seorang netizen.

Saman fitnah itu difailkan Vivy Yusof, 33, terhadap Alia Najwa Hassannudin, 28, selaku defendan tunggal menerusi Tetuan Foong Cheng Leong & Co pada 15 Jun lalu.

Semalam, kes ditetapkan untuk pengurusan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datin Rohani Ismail dan hasil semakan mahkamah, pengurusan kes selanjutnya ditetapkan pada 7 Oktober ini.

Berdasarkan penyataan tuntutan melalui carian dalam e-filing, Vivy selaku plaintif pada 28 Mac lalu menerbitkan rakaman video dalam akaun Instagramnya berhubung perbualan antara empat usahawan berkenaan status ekonomi akibat COVID-19 dan Pakej Rangsangan Ekonomi yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Klik untuk gambar besar


Dakwanya, pada 30 Mac lalu, defendan menerbitkan beberapa pernyataan membabitkan plaintif di akaum laman sosial Facebook dan Instagram miliknya dengan menyatakan Vivy mempersoalkan tindakan kerajaan membantu golongan B40 dan M40, sedangkan mereka tidak memberi sumbangan kepada ekonomi.

Vivy mendakwa pernyataan itu diterbitkan oleh defendan dengan tujuan mencemuhnya dengan niat jahat dan menjadi tular di sosial media dan dikongsi ramai.

Dakwanya, penerbitan pernyataan fitnah itu menyebabkan pelancaran satu petisyen di laman web pada 1 Mei 2020 bagi mendesak plaintif dilucutkan daripada Ahli Lembaga Pengarah UiTM kerana menghina golongan B40 dan M40 serta ditandatangani oleh lebih 230,000 pengguna Internet sejak dilancarkan.


Usahawan itu mendakwa mengeluarkan surat tuntutan kepada defendan untuk berhenti menerbitkan sebarang pernyataan fitnah lanjut terhadap plaintif di sebarang laman sosial.

Dakwanya defendan membalas surat tuntutan plaintif melalui aplikasi Facebook tetapi gagal mematuhi kesemua kehendak plaintif, sebelum memadamkan akaun laman sosialnya.

Sehubungan itu, plaintif memohon ganti rugi am, teruk dan teladan, suatu perintah supaya defendan memadamkan penerbitan penyataan fitnah selain menerbitkan permohonan maaf.



www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & Instagram Vivy Yusof

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: