Menerusi sebuah video yang dimuat naik, pengacara dan pelakon Ain Edruce dilihat telah bertindak meminum kembali air yang dikumurnya. Aksi Ain itu telah mengundang reaksi kurang senang netizen di media sosial.
Namun begitu, ada juga peminatnya yang tampil menyifatkan tindakan spontan Ain yang sedang makan bersama suaminya itu lucu dan menghiburkan: "Sumpahlah lawak si Ain ni".
Tidak kurang juga, ada yang seakan terhibur melihat reaksi suami Ain, Amirul Hafiz Mustaffa yang terkesima dengan tindakan isterinya.
Klik untuk gambar besar
Bagaimanapun, aksi itu khabarnya kurang disenangi oleh beberapa pengguna media sosial dan menganggap caranya itu kotor dan kurang ajar. Menurut Ain, video berkenaan seolah memaparkan sisi romantis diri sendiri tanpa berselindung.
Untuk rekod, video tersebut dirakamkan Ain ketika mengulas mengenai situasi pelakon Amerul Affendi yang berdepan dilema kurang pengikut di Instagram yang menjadi punca pelakon tersebut sering ditolak stesen televisyen tempatan daripada berlakon.
www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Ain Edruce
________________________

No comments:
Post a Comment