20 October 2020

AKTIVITI PENGUBAHAN DUIT HARAM - SEORANG PELAKON LELAKI & PENGACARA WANITA AKAN DIPANGGIL SPRM



Bagi membantu siasatan berhubung aktiviti pengubahan wang haram oleh sindiket Macau Scam dan perjudian, seorang pelakon lelaki dan pengacara wanita akan dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Mereka difahamkan akan dipanggil bagi memberi keterangan di pejabat SPRM selepas tiada artis yang mahu tampil secara sukarela. Menurut sumber, dua individu terbabit dikatakan menjalankan perniagaan dan mempunyai lebih 1 juta pengikut di laman sosial.

"SPRM sudah memberi tempoh masa kepada individu terbabit untuk tampil, namun mereka berdua termasuk individu lain yang dipercayai ada kaitan dengan sindiket ini gagal hadir memberi keterangan. Susulan itu, SPRM akan memanggil mereka dalam masa terdekat untuk membantu siasatan," katanya.

Klik untuk gambar besar



Meskipun sebelum ini SPRM telah meminta individu yang pernah menerima wang dipercayai mempunyai kaitan dengan kegiatan cuci wang oleh sindiket Macau Scam dan judi dalam talian untuk tampil, namun sehingga kini masih belum ada berani berbuat demikian. Sprm

Terdahulu, pada 8 Oktober lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki menyeru semua selebriti dan ahli perniagaan terbabit dengan aktiviti pengubahan wang haram supaya tampil membantu siasatan.

Sekadar 'hint', pelakon lelaki itu khabarnya turut terbabit dalam bidang pengacaraan, manakala pengacara wanita itu pula pernah berlakon beberapa drama popular tanah air.


www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara & Harian Metro

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: