19 October 2020

"ANAK KITA TAK TAHU LAGI MACAM MANA NANTI" - AYDA JEBAT NASIHAT JANGAN MENGATA ANAK ORANG



"Jangan mengata anak orang, anak kita tak tahu lagi macam mana nanti. Jangan mengata ibu tunggal atau bapa tunggal, perkahwinan kita tak tahu lagi macam mana nanti. 

"Senang kata jangan mengata semua oranglah. Diri kita pun tak tahu macam mana pengakhirannya nanti," demikian tulis penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat yang memberi kata nasihat buat netizen yang sering menghakimi seseorang tanpa melihat diri mereka sendirI terlebih dahulu, baru-baru ini menerusi satu perkongsian di laman Instagram.

Kata Ayda, lebih baik tidak mengata mengenai orang lain kerana kita sendiri tidak tahu apa kana terjadi di masa hadapan dan pengakhiran kita kelak.

Klik untuk gambar besar



Turut memuat naik foton bersama tunangnya Nabil Mahir, Ayda turut menasihatkan tidak perlu mengata ibu atau bapa tunggal kerana kita tidak tahu perkahwinan kita macam mana nanti.

Diruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan kenyatannya itu. Bagaimanapun, ada netizen mengatakan adakalanya perkara yang dikatakan itu adalah satu teguran dan bukan dengan niat mahu mengata.

Bukan mudah bergelar selebriti kerana setiap tindak tanduk pasti akan menjadi perhatian ramai. Malah, sebagai selebriti perlu bersedia untuk berdepan dengan kritikan dan pandangan negatif daripada orang ramai.






 


www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya, Instagram Ayda Jebta & Nabil Mahir

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: