14 October 2020

ANAK RIHANA OKSANA - MUKA MELAYU KE MUKA MAT SALEH?



Anak lelaki bekas Ratu Rusia, Rihana Oksana, iaitu Ismail Leon, semakin besar semakin muka Melayu kata netizen. Leon yang kini sudah berusia setahun 5 bulan sememangnya membawa kebahagiaan pada Oksana yang bergelar ibu tunggal.

Bagaimanapun, ada yang masih tertanya-tanya... apakah agama Leon? Adakah dia kini membesar sebagai seorang Muslim, atau sebaliknya?

Ini kerana, Oksana pernah memberitahu bahawa dia tidak menetapkan status agama Leon dan menyerahkan sendiri keputusan itu kepada anaknya apabila dewasa kelak. Namun kita tidak boleh menyalahkan Oksana kerana dia kini ibarat 'kapal tampa nakhoda' apabila ditinggalkan begitu sahaja tanpa bimbingan.

Untuk info, pada Oktober 2019, Oksana telah memfailkan petisyen paterniti di Mahkamah Rusia menamakan Sultan Muhammad V sebagai defendan, bagi menuntut elaun bulanan sebanyak RM123,000, hartanah di Moscow dan London bernilai RM47 juta.

Semuanya itu dilakukan Oksana selepas peguam Sultan Muhammad V menolak dakwaan Oksana bahawa beliau merupakan bapa kepada Leon. Bagaimanapun dengan tegas, Oksana memberitahu Leon merupakan anak hasil perkahwinan mereka malah mendakwa wajah anaknya seiras Sultan Muhammad V.

Klik untuk gambar besar









         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: