13 October 2020

"BELIAU SEOLAH-OLAH FAHAM APA SEDANG BERLAKU" - SHUIB TERSENTUH DENGAN ABANG BADUT OKU



"Masa saya ke outlet baru Bubblebee di Mydin Meru Ipoh tengah hari tadi, ada seorang abang badut ni beria-ria kejar dan nak jumpa saya. Bila jumpa dia bagitau yang dia pekak dan bisu," tulisnya di Instagram (IG).

"Walaupun saya tak berapa faham apa yang beliau cuba maksud dan sampaikan, tapi ianya sangat menyentuh hati saya. Beliau seolah-olah faham dengan apa yang sedang berlaku.

"Sesungguhnya tiada daya upaya hanya dengan pertolongan Allah swt. Semoga abang badut sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat. Amin," demikian tulis penyampai radio dan pelawak Shuib.

Shuib berkongsi pengalaman berjumpa dengan seorang Orang Kurang Upaya (OKU) yang bekerja sebagai badut, semalam menerusi laman Instagram. Menurut Shuib, lelaki yang cacat pendengaran dan bisu itu sangat teruja untuk berjumpa dengannya secara empat mata.

Klik untuk gambar besar



Tambah suami kepada penyanyi Siti Sarah, pertemuan itu telah menyentuh hatinya kerana insan tersebut seakan faham dengan situasi yang sedang dialami sekarang.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut Shuib membantu menterjemahkan perbualan lelaki tersebut.

"@shahirarashid: Akhir skali tu dia suruh Shuib abaikan kata-kata orang. Pastu ada bahagian dia cakap sentiasa menunduk ke bumi (sambil tunjuk Shuib). Semoga dipermudahkan urusan Shuib.



"@a_s_y_r_a_f_a_f_i_q: Dia cakap pedulikan orang kata. Allah ada dan nampak. Jalan terus.

"@wanfreak: Saya faham yang akhir tu abang. Dia cakap jangan dengar mulut orang sentiasa sabar fokus dengan air abang. Semoga maju jaya di masa hadapan.

"@sisfelsyiema: Apa pun yang berlaku Allah ada jangan peduli cakap orang jalan terus, semoga Bubblebee terus memberi manfaat kepada semua orang.



"@_azuxn99: Maksudnya kalau abang Shuib jatuh jangan takut, Allah sentiasa ada, kuatkan berdoa. Jangan hiraukn mulut orang sekeliling, terus fikir ke hadapan," antara komen-komen yang ditinggalkan.

Terdahulu, media melaporkan pasangan suami isteri artis dan selebriti yang juga usahawan terkenal, adalah antara individu yang dipanggil bagi membantu siasatan berhubung kes pengubahan wang haram.

Pasangan itu dibawa ke Ibu Pejabat SPRM Putrajaya selepas dijemput di kediaman mereka kira-kira jam 4 pagi semalam. Sementara itu, pihak syarikat pengurusan mengesahkan Shuib memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pengarah Urusan Indigital Music, Nana Mohamad Rom berkata, hanya Shuib memberi keterangan kepada SPRM, manakala isterinya, Siti Sarah sekadar menemani suaminya. Siasatan kes berkenaan kini dijalankan oleh Unit Siasatan Pengubahan Wang Haram (AMLA) SPRM.





www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Shuib Sepahtu

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: