13 October 2020

"BERGELEK MASA REMAJA LAIN..." - AHLI EVA BERTUDUNG, RINA TAHU JAGA BATAS & AURAT



"Semua akan tanya soalan sama, bertudung ni tak risau kena kecamkah? Bagi saya dangdut terkenal dengan gelek dan pakaian ketat. Walaupun saya masih membawa julukan artis dangdut, ia tidak menjadi masalah pun yang penting saya tahu batas saya dan masih menjaga aurat.

"Kita bergelek masa remaja lain, apabila sudah berumur saya tahulah batas saya. Tak boleh nak bergelek macam dulu-dulu. Saya pun ada anak dan penonton yang sentiasa menilai," kata anggota kumpulan Eva, Rina.

Rina akui sudah bersedia untuk menerima kritikan dan teguran sepanjang menyertai Gegar Vaganza 7 (GV7) bersama tiga sahabatnya, Linda, Mimi dan Izzu.

Klik untuk gambar besar



Jelas Rina atau nama sebenarnya Yusrina Md Yousoff itu, biarpun dia menjadi satu-satunya ahli yang berhijab dalam kumpulan wanita yang sinonim dengan genre dangdut, dia sedar batas dirinya.

Rina mengakui penyertaannya dalam GV7 mendapat sokongan keluarga. Malah, GV7 menjadi majlis reunion anggota itu berempat selepas 24 tahun tidak bersama.



"Ini penampilan semula kami selepas 24 tahun terpisah. Selama ini hanya kami bertiga tanpa Mimi, boleh dikatakan GV7 telah membuka hatinya untuk kembali bersama Eva.

"Perasaan menyertai GV7 ini berbeza, seperti permulaan baharu dengan usia dan fizikal yang lain. Dunia juga sudah moden, sekarang dengan media sosial pun semuanya menjadi lebih cepat.

"Kami kumpulan Eva sudah bersedia untuk menerima apa sahaja teguran dan kecaman sebab itulah asam garam dunia hiburan. Baik dan buruk kami terima dan akan diperbaiki," tambahnya.





www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Astro Gempak, @eva_gv7 & Rina Eva

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: