23 October 2020

BILA MIRA FILZAH PUNYAI 'KEMBAR' LAGI



Semua mengetahui bahawa di seluruh dunia ini wujud tujuh orang dikatakan menyerupai wajah kita. Wajah persis Mira Filzah bukanlah pertama kali diperkatakan kerana sebelum ini sudah ada beberapa gadis dikatakan memiliki wajah persis pelakon tersebut.

Baru-baru ini tular video dan gambar seorang gadis di TikTok sehingga ramai yang menyangkakan individu tersebut adalah Mira Filzah.

Menerusi video tular itu, pemilik akaun berkenaan yang dikenali sebagai @3aity dilihat tidak mengenakan sebarang solekan di awal video, namun wajahnya dilihat seiras dengan Mira Filzah sebelum mengenakan mekap.

Klik untuk gambar besar



Selain senyuman manis, gadis itu juga mempunyai persamaan pada matanya yang sedikit sepet seperti Mira Filzah. Lebih lucu, ramai yang menyangka wanita berkenaan adalah Mira Filzah, malah ada yang mengakui terkejut kerana menyangkakan pelakon itu tidak lagi berhijab.

Melihatkan video dan gambar gadis berkenaan memang mirip seperti Mira Filzah. Lepas ni kalau nampak nampak 'Mira Filzah' freehair jangan terkejut pula sebab sudah ada beberapa gadis dikatakan memiliki wajah seiras pelakon itu.










www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya & Instagram Mira Filzah

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: