12 October 2020

CHE TA SYUKUR SCAMMER DITAHAN: "WALAUPUN RALAT DUIT TAK DAPAT BALIK..."



"Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga! Ini adalah pengalaman pertama saya kena tipu macam ni. Walaupun saya ralat sebab duit tak dapat balik, tapi sekurang-kurangnya mereka dah terima habuan atas perbuatan jijik mereka itu.

"Bukan saya sahaja yang lega, ramai mangsa penipuan mereka yang lain pun lega bila dengan berita mereka ditangkap," demikianlah kata pelakon dan penerbit Rozita Che Wan.

Sungguhpun berasa ralat kerana wang yang ditipu tidak dikembalikan, Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta, bersyukur apabila pasangan suami isteri yang didakwa memperdaya orang ramai dengan menawarkan pakej penginapan hotel ditahan baru-baru ini.

Klik untuk gambar besar



Che Ta berkata, penahanan pasangan tersebut dianggap sebagai balasan atas perbuatan jahat mereka. Bagaimanapun kata Che Ta, dia tetap meneruskan percutian seperti yang sudah dirancang bersama keluarga dan beberapa rakan lain.

"Percutian itu pada 26 September lalu. Disebabkan sudah rancang awal, jadi saya, suami dan rakan lain pergi juga. Cuma, kami tempah hotel lain," jelasnya.

Terdahulu, media melaporkan suspek pasangan suami isteri didakwa mengambil kesempatan menawarkan promosi pakej penginapan bilik hotel mewah kononnya bagi menghargai petugas barisan hadapan Covid-19.



www.myartis.com / Sumber & foto: Asro Gempak & Harian Metro

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: