25 October 2020

DAKWAAN NAMPAK 'BABY BUMP' - AIN EDRUCE ANGGAP IA SATU DOA



Sebelum ini timbul spekulasi dimana netizen mendakwa perut Ain Edruce kelihatan seakan 'baby bump' selepas pelakon dan pengacara itu berkongsi satu video sedang menari di aplikasi TikTok baru-baru ini.

Ketika ditanya berhubung dakwaan tersebut, Ain atau nama sebenarnya Nurulain Edruce, 29, menganggap spekulasi hamil itu adalah satu doa yang baik kepada dia dan suami.

"Itulah... semua orang komen baby bump, sebenarnya hamburger dan double cheese burger itu yang nampak macam baby bump kot. Tapi baru-baru ini ramai yang bertanya betul ke dan macam-macam orang buat spekulasi mengenai saya hamil.

"Apa yang boleh saya cakap sebenarnya saya anggap ia satu doa yang positif. Jadi, saya selalu amin kan doa mereka. Saya ucapkan terima kasih kepada semua yang berkata baik-baik untuk saya dan suami," kata Ain.

Klik untuk gambar besar



Spekulasi mengenai Ain sedang berbadan dua juga mula menjadi perbualan hangat selepas sesi temu bual dia bersama program Melodi yang bersiaran pada 18 Oktober lalu.

Menerusi temu bual tersebut, pihak Melodi bertanyakan mengenai gosip mengatakan pelakon drama '30 Pesanan Suara' ini sedang hamil cahaya mata pertama.

Bagaimanapun, Ain tidak menafikan atau mengiyakan pertanyaan tersebut namun berharap semua orang mendoakan yang baik-baik untuknya.

Dalam pada itu, Ain mengambil segala komen netizen mengenai 'baby bump' itu sebagai sesuatu yang baik dan positif memandangkan sudah hampir setahun mendirikan rumah tangga.



Biarpun enggan mengulas lebih lanjut mengenai perkara itu namun Ain berjanji dia akan berkongsi kepada peminat sekiranya benar-benar diberikan rezeki zuriat.

"Bila saya baca komen netizen cakap fasal baby bump, saya rasa mereka ini sweet sangat sebab benda ini pun positif. Yela... saya pun dah nak dekat setahun berkahwin.

"Tapi apa yang boleh saya cakap... siapa yang tak nak ada anak kan tapi saya tak boleh nak komen lebih. Kalau la betul-betul ada rezeki (anak), nanti saya kongsikan berita gembira itu," ujarnya.

Untuk makluman, Ain mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan bernama Amirul Hafiz Mustaffa pada 13 Disember tahun lalu selepas mengikat tali pertunangan selama enam bulan.







www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Ain Edruce

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: