13 October 2020

DALAM DIAM HAMIL LIMA BULAN ANAK KETIGA - FEEYA BERHARAP 'BABY GIRL'



Penyampai radio Suria FM iaitu Feeya Iskandar rupa-rupanya dalam diam kini sedang hamil anak ketiga dan kandungannya sudah memasuki lima bulan.

Feeya atau nama sebenarnya Nor Shafiza Iskandar Azizan, 31, berkata dia tidak mempunyai niat untuk merahsiakan kehamilannya namun memilih untuk berdiam diri selagi tiada siapa yang menyuarakan pertanyaan.

"Anak kedua saya pun tahun hadapan dah tiga tahun... jadi, rasanya dah tiba masa yang sesuai untuk anak yang ketiga pula. Saya sendiri pun tak merancang untuk hamil tapi anggap Allah berikan rezeki.

"Sebenarnya saya bukan sorok atau nak rahsiakan, tapi selagi tak ada orang yang bertanya... saya diam saja la. Sebelum ini, saya pernah juga bagi hint dekat laman sosial tapi hanya beberapa orang perasan.

Klik untuk gambar besar



"Ada yang bertanya saya mengandung ke bila buat video dalam keadaan letih tapi saya cuba elak nak jawab. Biarlah menjadi kejutan untuk semua orang," kata Feeya.

Sekitar November tahun lalu, netizen pernah membuat spekulasi Feeya atau lebih mesra disapa sebagai Cik Piah sedang hamil gara-gara ternampak seakan-akan 'baby bump' menerusi foto yang dimuat naik di Instagram.

Sekitar November 2019, Feeya menafikan dakwaan itu dan berpendapat bahawa netizen begitu teruja sehingga tidak dapat membezakan baby bump dan ciri fizikal perut yang buncit.



Dalam pada itu, Feeya mengakui biarpun dia berharap untuk dikurniakan cahaya mata perempuan namun tetap akan menerima sahaja rezeki yang Allah berikan.

"Sudah tentu harapan saya untuk dapat anak perempuan memandangkan kedua-dua anak saya lelaki. Tapi saya tak nak letakkan harapan yang tinggi dan tak suka nak berharap sangat.

"Bagi saya, tak kisah la jantina lelaki atau perempuan sebab yang paling penting bayi saya keluar dengan keadaan yang sihat dan tiada masalah.

"Tapi kalau belum ada rezeki saya nak dapat anak perempuan, tak apa la... kita boleh mencuba lagi selepas ini," ujar Feeya yang mendirikan rumah tangga dengan Nurashid Wahab atau Rashid pada 6 Mei 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Adam Malique, 3 dan Nuh Aryyan yang kini berusia dua tahun.



www.myartis.com / Sumber & foto : mStar & Instagram Feeya Iskandar

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: