08 October 2020

DIDAKWA TIDAK TINGGAL SEBUMBUNG GARA-GARA RINDU ANAK - INI JAWAB PUTERI SARAH LIYANA



Pelbagai spekulasi yang timbul mengenai perkahwinan pasangan selebriti Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana susulan kisah rumah tangga mereka yang didakwa berantakan selepas kedua-duanya dilihat muncul di pejabat agama.

Terbaharu, menerusi satu kemas kini di laman Instagram, Puteri Sarah telah memuat naik foto bersama anak-anaknya, Syaikhul Islam, 3, dan Sumayyah, 1 dengan kapsyen: "Rindu sangat. Harta dunia dan akhiratku".

Bagaimanapun, entri tersebut telah menimbulkan tanda tanya dan pelbagai andaian netizen mengenai rumah tangganya termasuk beranggapan pasangan ini sudah tidak sebumbung.

"Kenapa tak duduk sekali ke. Ruginya masa-masa yang telepas. Moga-moga jodoh berpanjangan berbahagia selalu. Untung hidup boleh mewah boleh bermacam-macam semua impikan tu," persoal salah seorang pengikut media sosial.

Klik untuk gambar besar



"Moga tabah. Akak pun pernah alami tidak tinggal bersama selama 4 tahun untuk perbaiki hubungan. Alhamdullillah hubungan kami bertambah baik," nasihat salah seorang wargamaya.

Pun begitu, Puteri Sarah tidak mendiamkan diri malah tampil menjawab setiap persoalan yang diajukan: "Siapa kata tak duduk sekali? Saya sekarang sedang jalani penggambaran di Pahang. Anak-anak saya di Kuala Lumpur," jawabnya.

Terdahulu, ibu Syamsul tampil mendedahkan pasangan itu sudah dua tahun tidak tinggal bersama dengan mereka. Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata.







www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Puteri Sarah Liyana

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: