26 October 2020

"EDRY NI ANAK SUAMI DENGAN BEKAS ISTERI..." - ABBY ABADI PINTA JANGAN DITANYA LAGI



Menerusi satu entri yang dimuat naik di laman Instagram, pelakon Abby Abadi telah berkongsi foto memeluk anak tirinya yang dipanggil Edry dan mendedahkan sudah lebih tiga tahun menjaga anak tirinya itu untuk tinggal bersamanya.

Menurut Abby, Edry seorang yang pemalu namun dia cuba untuk menyesuaikan diri supaya tidak berasa kekok. Dalam masa sama, Abby turut meminta jangan ada yang cuba bertanya lebih lanjut mengenai dia dan anak tirinya kerana perlu menjaga hati pelbagai pihak.

"Bersama Mat Edry. Mama (Abby) yang peluk ni, kalau harap Edry peluk tunggu pokok tumbuh atas kepala dulu agaknya hehe. Tanya Edry, pernah peluk cium mommy dia tak? (Edry) angguk pun tidak geleng pun tidak. Jadi rasanya macam tak pernah la tu hehe.

"Pada yang bertanya lagi Edry ni siapa, ini kali terakhir saya jawab ya. Edry ni anak suami dengan bekas isteri sebelum dengan saya. Dia tinggal dengan kami kurang lebih dah 3 hingga 4 tahun kalau tak silap.

Klik untuk gambar besar



"Bagi yang lebih-lebih jangan tanya sangatlah, takut salah jawab. Banyak hati yang perlu dijaga. Ok? Faham? Hehe.. cukup ya. Usah ditanya-tanya lagi. Tanya lagi kita block," tegasnya pada entri tersebut yang mendapat perhatian pengikutnya dimana rata-rata memuji cara Abby melayan baik anak tirinya.

Abby mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Faizal Zakaria pada 14 Ogos 2015. Pasangan itu dikurniakan bayi pra-matang tahun lalu, namun meninggal dunia selepas 70 hari dilahirkan.

Menerusi perkahwinan pertamanya bersama Norman Hakim, Abby mempunyai tiga cahaya mata, Mohamed Danish Hakim, 17, Marissa Dania Hakim, 14, dan Maria Danisah Hakim, 11.

Abby juga mempunyai tiga orang anak angkat iaitu Muhammad Daiyan Fayyadh dan Maisara Dayana Fathia yang masing-masing berusia 2 tahun serta Maira Darda Farisa yang baru berusia 6 bulan.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Abby Abadi

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: