20 October 2020

GARA-GARA COVID-19, SHOWCASE 25 TAHUN UMBRELLA DIBATALKAN



Hasrat kumpulan Umbrella untuk meraikan sambutan ulangtahun penubuhan mereka terpaksa dibatalkan gara-gara covid-19. Sehubungan itu, Showcase 25 tahun penubuhan kumpulan itu yang telah dirancang terpaksa dilupakan demi keselamatan peminat mereka.

Menurut pengarah urusan Umbrella Music, Dato Rizal Shah, mengikut perancangan, Umbrella sepatutnya akan mengadakan sebuah sidang media bagi mengumumkan mengenai ‘Showcase 25 Tahun Umbrella’ yang bakal berlangsung pada bulan Disember nanti. Namun berikutan kenaikan kadar kes positif jangkitan Covid-19, Umbrella telah memutuskan untuk membatalkan sidang media dan showcase berkenaan.

Dato Rizal Shah memberitahu keputusan yang diambil ini amat berat bagi pihak pengurusan dan Umbrella memandangkan banyak persiapan yang telah dibuat demi menaikkan semula populariti dan kerjaya seni Umbrella.

Bagi Saiful, pemain drum Umbrella, dia menyifatkan ini adalah langkah terbaik buat semua pihak yang terlibat terutamanya buat peminat-peminat Umbrella. Saiful merupakan orang yang bertanggungjawab menyatukan kesemua ahli asal Umbrella untuk kemunculan semula Umbrella dalam arena seni Hiburan tanah air.

Klik untuk gambar besar


Sementara itu, menurut vokalis Umbrella, Zarul, biarpun showcase dibatalkan, kesempatan yang ada sepanjang berlangsungnya perintah kawalan pergerakkan bersyarat di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya digunakan sebaik mungkin oleh setiap ahli Umbrella untuk berlatih bagi memperbaiki mutu persembahan mereka di masa hadapan.

Bagaimanapun, Dato Rizal Shah, berkongsi berita baik iaitu pihak Umbrella Music kini merancang mengadakan sebuah konsert ‘Umbrella & Friends’ pada tahun 2021 nanti. Menurut beliau persiapan untuk konsert tersebut masih lagi di peringkat perbincangan dan Umbrella Music bakal membuat pengumuman rasmi mengenainya pada awal tahun 2021 nanti.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: