17 October 2020

"KALAU KAWAN KITA PELACUR, KITA PELACUR KE?" - ZULIN AZIZ NAIK ANGIN DIKAITKAN ISU SCAMMER



Baru-baru ini ada netizen mendakwa pelakon, pengacara dan penyanyi Zulin Aziz ada kaitan dengan individu yang difahamkan terbabit dengan sindiket penipuan. Difahamkan, netizen membuat spekulasi tersebut berdasarkan gambar percutian Itali.

Dek kerana dakwaan terbabit, Zulin telah naik angin dan meluahkan rasa kecewa apabila namanya turut dikaitkan mempunyai kaitan dengan beberapa individu termasuk berstatus 'Datuk Seri' yang sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Tegas Zulin, dia memang mengenali beberapa individu tersebut namun hubungan mereka hanya sekadar kawan dan tiada kena-mengena dengan urusniaga lain. Kata Zulin, dia tak tahu latar belakang suspek cuci duit haram.

"Saya kawan dengan semua orang, kalau kawan kita pelacur, kita pelacur ke? Tidak semestinya kita berkawan dengan dia kita tahu apa yang dia buat, kalau kita ada perniagaan dengan dia lain la!" ujarnya.

"Bodoh manalah yang fitnah tak habis-habis ni. Aku dah rimas dengan komen tak habis-habis pasal scammer. Apa kena mengena dengan aku?

Klik untuk gambar besar



"Kalau aku kenal pun jadi apa isunya dengan masalah dia? Aku tak ada buat bisnes mahupun kaitan dengan gejala sosial yang lain. Aku pergi rumah masak-masak, main dengan anak-anak dia.

"Lainlah aku sahabat sehidup semati, duduk serumah ke apa. Ni nak jadi saksi pun tak layak sebab aku bukan selalu pun. Aku kenal je. Bangkai betul perangai sensorang. Haih," kata Zulin.

Tambah Zulin, tindakan memfitnahnya itu dianggap melampau dan tidak masuk akal: "Dahla masih dalam siasatan, tak tahu betul ke tak, dah jatuhkan hukum sendiri. Kalau fitnah macam mana? Dosa fitnah korang ni lagi teruk dari dosa mereka agaknya.

"Sebarkan benda yang sahih dan bukti selepas dari siasatan. Bukan tengah jalan siasatan semua dok buat pandai. Masalahnya orang tak ada kena-mengena pun korang kaitkan.


"Aku sakit hati betullah. Tolong tag aku yang mana satu fitnah tu. Aku kena betulkan keadaan dan ambil tindakan. Korang ni naik lemak! Ingat diri tu Tuhan ke? Ingat awak tu baik sangat sampai semua orang nak dihentam.

"Korang carilah aku di akhirat. Aku takkan ampunkan walau sepatah fitnah pun ke atas aku. Aku dah angin sangat dah ni. Melampau-lampau.

"Jaga-jaga ya. Aku sedang perhati netizen mulut lahar. Kau nak lahar kalau aku ada salah aku tak kisah, tapi jangan fitnah orang! Bodoh betul!" kata Zulin lagi.

Dalam pada itu, Zulin tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap pihak yang menuduhnya terlibat dalam jenayah pengubahan wang haram.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, mStar & Instagram Zulin Aziz

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: