13 October 2020

KERANA MAMA, CIK B KINI BERGELAR PELAKON: "SAYA MASIH KAKU SEBAB LIDAH PENDEK"



"Mula-mula saya agak takut sebab tiada pengalaman berlakon, lepas itu Mama push (paksa) saya untuk ambil watak ini. Saya tiada pilihan... tak boleh kata tidak! Jawapannya hanya yes sahaja.

"Alhamdulillah sekarang saya suka sebab kru semua sangat baik. Saya masih kaku sebab lidah pendek," demikianlah kata anak kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida iaitu Cik B yang mula berjinak-jinak dalam bidang lakonan.

Ujar Cik B atau nama sebenar Nur Edlynn Zamilleen, 15, semuanya bermula selepas ibunya itu bertegas mahu dia mencuba nasib sebagai pelakon. Dalam masa sama, Cik mengakui kini makin seronok menjadi seorang pelakon, malah dah hilang rasa malu.

Klik untuk gambar besar



Cik B bakal mempertaruhkan lakonan sulungnya menerusi drama arahan Emi Suffian berrjudul 'Lelaki Lingkungan Cinta' terbitan Zeel Production yang bakal bersiaran pada 21 Oktober 2020 di di slot Lestary TV3.

Nantikan drama 'Lelaki Lingkungan Cinta' diinspirasikan daripada novel tulisan Lily Haslina Nasir. Menampilkan gandingan baharu Naim Daniel dan Shasha Abedul.

Dalam drama tersebut turut dibintangi oleh Ismail Izzani, Shalma Eliana, Imran Aqil, Aniq Suhair, Aisar Khaled, Syazuwan Hassan, Izzrin Irfan, Asha Merican, Rozita Che Wan, Chemat Raja Lawwk, Nazeera Sardi, Mas Anizan, Aresya Rania, Ummar Dzariff dan ramai lagi.








www.myartis.com / Sumber: mStar

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: