05 October 2020

KINI PILIH KENAKAN STOKIN - NEELOFA DOA MOGA ALLAH TETAKAN IMAN



"Mengenai aurat kaki... Ada sesetengah pendapat yang berbeza. Kalau saya memilih untuk mengenakan stokin, itu ialah pemahaman saya. Itu yang saya pilih untuk buat.

"Kenapa saya patut buat? Kerana saya seorang yang yang kalau lakukan sesuatu, ia bukanlah di atas paksaan atau pun mahu ikut orang.

"Bila saya sudah faham mengenai sesuatu, saya akan lakukan," kata pelakon, pengacara dan ahli perniagaan, Noor Neelofa yang memberi reaksi apabila ditanya mengenai mengenai penampilan terkini dirinya yang dilihat kerap mengenakan stokin kaki dan tangan sejak akhir-akhir ini.

Memberi ruang buat orang di luar sana untuk menilai, bekas pengacara program MeleTOP itu bagaimanapun mengakui apa yang dilakukan itu bukan disebabkan paksaan mana-mana pihak.

Klik untuk gambar besar


Berdoa agar proses baiknya dipermudahkan, figura berusia 31 tahun itu memberitahu dia banyak menerima respon positif daripada golongan wanita yang terinspirasi untuk melakukan hal sama.

"Sama juga ketika saya lalai atau pun 'out of track', ia atas kelalaian atau kekurangan dari diri-sendiri juga. Jadi bila saya nak pakai stokin kaki, tangan dan sebagainya, saya harap Allah tetapkan iman agar terus istiqamah. Itu sahaja.

"Malah saya dapat tahu ramai gadis di luar sana yang mesej saya kerana turut terinspirasi untuk mengenakan stokin dan sebagainya, Alhamdulillah. Kalau ada orang yang nak cakap sebaliknya, itu terpulang," tuturnya lagi.


www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Noor Neelofa

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: