17 October 2020

MUAT NAIK FOTO SYATILLA POSE PEGANG 'PAYUDARA' - NETIZEN SURUH SAM PADAM



Pelakon Shaheizy Sam kembali menjalani rutin hariannya seperti biasa sebaik sahaja selesai menjalani kuarantin 14 hari selepas membantu abang iparnya berkempen di PRN Sabah baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di laman Instagram, Sam ada memuat naik gambar bersama isterinya, pelakon Syatilla Melvin dan memaklumkan bahawa mereka sedang menyiapkan content terbaru untuk saluran YouTube mereka, SamTillaTV.

Namun gambar yang dikongsikan oleh Sam itu mengundang rasa kurang senang netizen yang melihatnya dimana gambar itu memaparkan Syatilla seolah-olah sedang memegang payudara.

Klik untuk gambar besar



Kata netizen, mungkin Syatilla tidak berniat sebegitu namun gambar itu boleh menimbulkan fitnah. Malah, ramai netizen menasihatkan Sam supaya memadam gambar berkenaan.

Bagaimanapun, menerusi hasil pemerhatian gambar tersebut masih lagi ada di Instagram Sam dan seolah pelakon itu tidak endah dengan apa yang diperkatakan netizen.

Dalam pada itu, ada netizen mendakwa foto tersebut sengaja dimuat naik untuk mencetuskan kontroversi dan untuk meraih perhatian semata-mata.





www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya, Cari Forum, Instagram Shaheizy Sam & Syatilla Melvin

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: