01 October 2020

NAFI BERCINTA DENGAN PU RIZ - NEELOFA MOHON HORMATI PERDIRIANNYA



Mengenai desas-desus hubungan percintaannya dengan pendakwah yang juga pelakon Haris Ismail atau PU Riz, Noor Neelofa, 31, tampil menafikan. Menurut Neelofa, PU Rizz bukan sahaja rapat dengan dirinya malah seluruh ahli keluarga sejak tiga tahun lalu.

"Tidak, tiada apa-apa. Kami memang sudah kenal sejak tiga tahun lalu. Dia juga rapat dengan adik beradik dan sepupu saya kerana banyak mengadakan kelas agama dan mengaji bersama.

"Sebab itu dia hadir ke majlis perkahwinan itu kerana adik saya, Aqief sendiri yang mengundangnya. Bukan saya yang menjemput. Jadi kalau tanya saya, jawapannya tidak. Jangan risau, sekiranya sudah bertemu jodoh, saya akan bagitahu," jelasnya.

Dalam pada itu, bekas hos MeleTop tersebut berharap agar semua pihak menghormati pendiriannya mengenai hal peribadi.

"Ada beberapa perkara yang tidak perlu saya beri justikasi atau kongsi. Boleh bawa kemudaratan. Saya mohon semua hormat dengan pendirian saya," kata pelakon, pengacara dan usahawan itu.

Terdahulu, desas-desus mengenai hubungan rapat Neelofa dan PU Riz pula diperkatakan netizen apabila kedua-duanya sering dilihat bersama sejak Ramadan lalu apabila pelakon filem 'Ada Apa Dengan Dosa' itu sering menjadi imam solat tarawih dan menyampaikan tazkirah di kediaman Neelofa.

Klik untuk gambar besar


Kisah itu turut menjadi tular di Twitter sehingga menimbulkan spekulasi kononnya mereka mempunyai hubungan istimewa. Namun, perkara itu dinafikan kedua-duanya dan menyifatkan mereka berjumpa atas dasar kerja. Neelofa sebelum ini pernah mengundang PU Riz untuk menjayakan program bacaan 99 Nama Allah sekitar tahun 2018.

Sementara itu, Neelofa enggan mengambil tahu mengenai dakwaan kononnya dia menjadi orang ketiga susulan isu tular membabitkan PU Riz dan seorang wanita, baru-baru ini.

Neelofa berkata, dia enggan mengambil pusing mengenai perkara itu dan lebih selesa tidak berkongsi hal peribadi membabitkan dirinya.

"Saya tak tahu dan tak ambil kisah. Seboleh-bolehnya saya tak mahu tambah kebimbangan mengenai hal itu. Saya pilih untuk kunci diri daripada benda-benda tak patut dan tak ada apa yang boleh saya komen.

"Mengenai hal peribadi saya juga tak mahu bercerita banyak kerana bimbang ia boleh makan diri. Tak perlu buka aib sendiri, begitu juga orang di luar sana. Anda ada media sosial jadi lebih baik jangan terlalu dedahkan hal peribadi.


"Ini bukan benda baharu dan saya ada terdengar orang mengaitkan saya dengan seseorang sebelum ini tapi saya tak ambil kisah," tuturnya.

Terdahulu, bekas kekasih PU Riz iaitu Amal Syahmina tampil memuat naik kenyataan selepas menerima pelbagai kecaman susulan tindakannya mempertikaikan seorang selebriti yang digosipkan dengan pendakwah muda itu.

Tidak semena-mena nama Neelofa dikaitkan netizen walaupun status yang ditulis gadis berkenaan tidak menyebut nama mana-mana pihak. Neelofa berkata, dia enggan terlalu terbuka bercerita mengenai hubungan peribadinya dengan mana-mana individu.

Ini kerana hal membabitkan sesebuah perhubungan adalah perkara yang belum pasti, justeru itu dia memohon orang ramai mendoakan yang terbaik.

"Tunggulah sampai akad. Kalau nak kongsi sikit-sikit okay! Malah dalam Islam kalau bertunang pun tak digalak untuk dihebohkan apatah hubungan yang tak ada ikatan. Jadi hormati keputusan saya untuk tidak terlalu berkongsi kehidupan peribadi," ujarnya.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Noor Neelofa & Noor Nabila

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: