16 October 2020

PEMINAT NAMPAK DI SAM GENTING HIGHLANDS - SUAMI SYATILLA INGKAR ARAHAN KUARANTIN?



Selepas pulang dari Sabah selepas membantu kempen abang ipar, Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin, pelakon Shaheizy Sam terpaksa menjalani kuarantin selama 14 hari.

Menerusi perkongsian Syatilla Melvin di laman Instagram, suaminya dikhabarkan menjalani kuarantin di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Menerusi perkongsian terbaru, Syatilla memaklumkan Sam telah pun selesai menjalani kuarantin pada 13 Oktober lalu.

Namun, lain pula cerita timbul apabila ada segelintir netizen mendakwa ternampak kelibat Sam dan Syatilla bersama rakan menikmati hidangan di sebuah restoran popular di Genting Highlands pada 3 Oktober lalu.

Klik untuk gambar besar



Susulan dakwaan tersebut, rata-rata netizen terkejut dan mempersoalkan adakah benar dakwaan berkenaan. Malah, ada yang mendakwa sempat mengambil gambar pasangan itu namun terpaksa dipadamkan.

Difahamkan, pada tarikh tersebut Sam sepatutnya masih lagi berada dalam tempoh kuarantin 14 hari seperti mana mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Apa pun kita nantikan sahaja penjelasan daripada Sam sendiri berhubung dakwaan berkenaan.






www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya, Kopi Planet, Instagram Syatilla Melvin & Shaheizy Sam

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: